Salam dan Hi Semua..
Minggu ini saya balik kampung. Dah lama tak balik dan kali ni balik lama sikit untuk sambut hari lahir bonda. Kami sampai Khamis petang. Bonda buat mihun sup tulang. Sampai2 terus makan. Hihi. Lepas tu ke surau untuk kuliah maghrib satu family.
Tapi kali ni ada kejutan terancang rupanya. Bila pintu dibuka tutup semua mata akan pandang sapa gerangan. Pandang sekali lalu. Pandang lagi. Eh? Adik ke tu. Mimpi ke apa. Tak bagitau pon nak balik juga, alih2 terjengul depan mata. Surprise katanya. Ingatkan mak ayah tak tau, rupanya diorang pon sama berpakat. Ceh. Patutla ada beberapa perkara luar biasa sebelum tu cam mak buat sup tulang sampai 2kg lebih, mak masuk bilik siap kunci pintu tapi keluar balik tak bersiap lagi untuk ke kuliah maghrib tapi tak tertanya la pulak.
Kami decide untuk sambut birthday bonda awal sementara semua ada. En suami dah balik, tggal kami ber empat. Buat hari sabtu, awal 4 hari. Saya buatkan bonda cheezy carrot cake hasil pembelajaran 2 minggu lepas di kelas chef tersohor chef amer. Sedap kek ni. Masa nak hias, ayah dan adik pon nak juga kek dengan nama diorang, birthday ayah bulan jan, adik feb jadi tulis la nama tiga2 atas kek. Hihi. Kira sambutan birthday trio terus.
No comments:
Post a Comment