Sunday, 17 May 2015

Visit Kuala Terengganu: Taman Tamadun Islam

Salam dan Hi Semua..

Hari ke 5 kami di Kuala Terengganu, kami ke Taman Tamadun Islam (http://www.tti.com.my/) yang terletak di Pulau Wan Man. Hari ni seharian kami ada masa terluang, semalam tengahari program en H pon da tamat. Nak ke TTI ni kami melalui kawasan perkampungan, macam2 nama Kampung Losong ni. Alhamdulillah sepanjang kat sini cuaca baik.

Taman Tamadun Islam

Dalam ni ada macam2, ade taman monumen, masjid kristal, TTI river cruise, B'Beteng Restaurant dan lain2. Kami hanya pergi taman monumen dan juga masjid kristal.

Entry Fee
Tiket masuk seolah2 passport
2nd visit dapat free tram ride @ bicycle ride tapi rasanya cukup la kot datang sekali ja
dapat voucher - tapi kami lupa nak guna masa beli cenderamata dia
Masa kami datang x orang pon. Macam kami je pelawat.ahaks.. Mungkin sebab weekday kan..So kami bergambar sesuka hati la...Penat jugak nak pusing 1 kawasan ni tengah2 panas terik. Boleh sewa basikal atau naik je tram tapi kalau nak bergambar kena la jalan kaki.

Pinjam gambar TTI



Takan x kenal - National Mosque
Kudus Al-Minar Mosque, Indonesia
Pattani Mosque, Thailand
Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei
Sultan Mosque, Singapore
Taj Mahal, India

Badshahi Mosque, Pakistan
Dome of the Rock
Great Mosque of Samara, Iraq
Lufallah Mosque, Iran

The Shrine Abu Nasr Parsa, Afganistan
Masjidil Haram, Saudi Arabia
Aleppo Citadel, Syria



Mohammad Ali Mosque, Egypt

Suleyman Mosque, Turkey
The Great Mosque of Qairawan, Tunisia


Kalyan Minaret, Uzbekistan
Agadez Grand Mosque, Niger
Kul Sharif Mosque, Russia


Xian Mosque, China

Hadoi, penat pusing...ada 3 kot replika yang tengah dibetulkan spt masjid nabawi dll. dahaga2..abes round, masuk kedai souvenir arcade dia, beli fridge magnet seketul dua dan air, kami singgah solat kat masjid kristal. hari ke2 hari tu dah datang solat magrib.

Masjid Kristal - Siang hari

Masjid Kristal - Malam hari

Dalam Masjid Kristal

Sebelum balik, kami beli aiskrim susu kambing. 1 cup rm3, pelbagai perisa (vanila, coklat, jagung dan strawberi).

Tuesday, 12 May 2015

Visit Kuala Terengganu : Sumai Hotel Apartment

Salam dan Hi Semua...

Jalan lagi, kali ni ke kuala terengganu pulak. Last datang sini 15 tahun lepas masa bapa saudara bertunang. Bulan mei ni adalah bulan berjalan. Xde la jalan sangat pon act, jalan ngekor en H ada conference kat sini, sambil selam sambil minum air..ahaks...

Kami memulakan perjalanan pada jam 8.30am, plan asal nak nak gerak lepas subuh, tapi cuaca x mengizinkan. Hujan. Tunggu punya tunggu hujan x reda jugak, so redah je la. Tapi syok sebenarnya, sejuk je sepanjang jalan. So sepanjang jalan berhenti bfast, berhenti lagi solat, stop lagi lunch, stop tido sebab letih dan nantuk drive lama, so selepas 8 jam perjalanan baru la kami sampai KT. Sakit pinggang!

Kami stay kat Sumai Hotel Apartment, ambil bilik Suite Room dengan rate RM185/night termasuk breakfast melalui booking.com. Conference en H kat Primula Beach Resort, tapi dah fully booked. Sumai ni betol2 sebelah Primula (boleh jalan kaki), ni pon book seawal bulan Feb. Conference en H 4 hari, jadi 4 malam kami stay sini. Apa yang seronoknya hotel ni adalah dia provide parking berbumbung (of course terhad sape cepat dia dapat, tapi sepanjang dok sini sentiasa dapat parking dalam- ramai orang suka park luar kot tak pon diorang xtau), lepastu dia ada indoor swimming pool dan bilik dia cun.

Sumai hotel - bangunan peach tu Primula

Reception
Sebahagian ruang lobi

Sebahagian ruang lobi - yang naik tangga tu ke Bintang Laut Restoren dia; yang nampak peti aiskrim tu ngadap dia ke indoor pool
Hotel ni ada 9 tingkat (kalo x salah), bilik dia ade pelbagai jenis. Suite room, Studio room, Standard apartment, Deluxe apartment, Superior apartment, Sumai Suite apartment. Kami ambil yang paling basic, suite room. Beginila bilik kami di tingkat 2, bilik 209. Bilik kami menghadap Masjid  Al-Muktafi Billah Shah. Tapi tengah ada construction antara hotel dan masjid.





Fridge dalam almari dan di sini lah tempat utama i habiskan masa- buat pembetulan tesis masa en H pergi conference
Bili air yang luas

Guling2 kejap lepas tu kami p Masjid Al-Muktafi Billah solat magrib dan lepas tu pergi Mydin Mall (dalam 4 minit dari hotel) beli keyboard (laptop en H huruf M taleh guna, cett - susah masa kat Langkawi hari tu i guna floating keyboard) dan jugak cari kudapan sepanjang i sorang2 dalam bilik tu nanti..ahaks...Lepas tu apa lagi jalan jalan cari makan la.. Tapi malam tu kami x jumpa kedai makan sedap..sedih..makan biasa2 dan mahal.

Indoor Swimming Pool - 2x kami turun mandi, air dia sejuuk..belajar berenang ngn en H konon2 persediaan utk next stop kami di Ganu ni..
Breakfast dia sedap...setiap hari lain menu. ada nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, fries, mee sup, soto, laksa, kuih muih, puding, buah2an. Tapi setiap hari mesti ada nasi dagang dan keropok lekor. Nama pon ganu kan. Tapi nasi dagang dia memang terbaik la. I dari x berapa minat nasi dagang, makan kat sini terus suka.

Monday, 11 May 2015

Jalan-jalan: Langkawi Part 3

Salam dan Hi Semua..

Sambungan dari entry Langkawi Part 2.

Hari terakhir di Langkawi. Macam biasa, lepas breakfast, en H ke kursus nya dan aku ke bilik sambung kerja. Sebelum tu packing barang siap2 untuk memudahkan urusan check out nanti. Dalam jam 11.30 pagi diorang habis program, kami bersiap2, berkumpul kat lobi, check out dan tunggu waktu lunch dan makan kenyang2. Makanan kat sini memang sedap la, terbaik. Lunch hari ni ada kerabu mangga atas permintaan kak Ros (terima kasih kak..hehe).

Lepas makan, diorang naik bas @ van ke Jeti, kami pulak ke Masjid Hana yg terletak sebelah hotel untuk solat siap2. Then, kami ke Idaman Suri. Misi mencari pressure cooker yg hasil pembacaan dari blog mencadangkan di idaman suri ni murah 8L rm80. Dah x dapat harga tu, yang ada 7L rm85 brand Idaman Suri. Ingat lagi x pressure cooker Tefal yg aku bekenan semalam, kat sini 8L rm400 lebih ja. Bukan setakat aku, en H pon berkenan. Tapi malangnya x warranty. Susahla kan, dah la susah payah usung jauh2, sekali rosak buang camtu ja rm400. Tak jadi ambil Tefal, ambil Idaman Suri yg 7L rm85 tu ja. Baru nak belajar guna pressure cooker kan, kalo yg ni rosak tak la mengigau malam kami...haha..Tapi dari review orang, ok ja pressure cooker idaman suri ni. Selain beli pressure cooker ni, aku beli pinggan melamine dia yang pelbagai bentuk tu.

Then, kami ke kompleks HIG. Pilih coklat, asal dari nak beli sikit ja, lepas campur coklat orang pesan beratus jugak la. Beli lg whittaker's tu. 3 paket rm29. Beg utk mak yg kami usha semalam dah habis..sob sob..cakap kat mak mak ambil je la beg yang kami beli kt HIG tahun lepas, lagi cantik dan baru guna sekali. Saiz sama. Kami lak terbeli beg yang macam kotak plastik tu. Tu la semalam dok baca blog orang cari saiz beg troli terberkenan kat beg ni. Tapi memang kena beli, senang nak isi segala coklat (alasan!).

Dari HIG kami dah tatau nak pergi mana. Jam pon dah pukul 4.15 ptg. malas nak isi minyak lagi kalau nak ke Cenang. Biar diorang dapat balik kete lampu minyak dah berkelip2..ahaks..So lepas dipastikan takde lagi barang nak beli, kami ke jeti serahkan kereta dan lepak di jeti je. Dari datang 1 beg troli 20" dan 1 beg galas, balik bertambah 1 beg troli 24". Kesian en H, bukan stakat rabak poket, seluar pon rabak sekali..

Kata mak: geli hati mak tgk, lucu betol menantu mak ni

Naik feri pukul 6ptg, sekali lagi seat kami dipisahkan..kali ni sorang depan sorg belakang walau dapat tepi tingkap. Tunggu orang lain naik, kata en H kalau dapat family susah la nak tukar seat. Sekali org bujang, en H ke depan dia ke belakang. Terima kasih en yg baik hati..;p...Balik ni pon ada trip sekolah jugak, tapi cikgu sekolah. Sebelah en H, rombongan cikgu dari kelantan. Ramah ustaz tu sembang ngn en H..siap tnya kami honeymoon ke. Nampak baru kawen ke..hehe..Lepas tu senyap sunyi semua pakat terlena sampai la jeti kuala perlis. Dah pukul 7.45 masa ni. Tunggu en H ambil kereta, then singgah Masjid Terapung Al-Hussain solat siap2, then makan di Rohani Ikan bakar Kuala Perlis, (kat sini aku suka sotong goreng tepung) lepas tu gerak balik. Odw tu singgah beli mangga harum manis. Sampai rumah pukul 12.30 pagi.

Harum Manis sekilo rm25, 4 biji rm28


Antara barang yang kami beli:

7L pressure cooker RM85

Melamine pelbagai design

Aneka coklat

Beg 24" RM125
Walaupon semua orang datang Langkawi mesti beli Corelle, Pyrex, Vision ke, kami langsung x beli pinggan mangkuk kaca. Belum berminat mungkin (sebab x tempat nak simpan). Tapi, kami still bawa balik set kaca hadiah group en H menang masa program diorang. Dapat kat wife dia la..ahaks..

Hadiah group en H
Sekian, catatan perjalanan kami, mungkin tahun depan datang lagi...heeh


XOXO

Sunday, 10 May 2015

Jalan-jalan : langkawi Part 2

Salam dan Hi Semua...

Sambungan dari Langkawi Part 1...

Bangun pagi, en H bersiap2 untuk kursus then kami turun breakfast. Makan nasi lemak. Seingat aku sepanjang makan nasi lemak kat hotel, nasi lemak De baron adalah yang tersedap...x tipu...;p

Lepas kenyang, kami ambil angin kat kawasan sekitar hotel sementara tunggu program en H mula. De Baron ni ada 2 blok, blok lama menghadap laut. Dah 2x disini belum pernah duduk di blok baru lagi. Untuk ke kolam renang dan restoran tepi laut, kena lalu kawasan taman. Kat sini ada kolam ikan, pondok2 dengan nama2 unik orang2 dahulu.

Kawasan taman
Kolam renang

Dari sini boleh nampak dataran Lang


Ok, dah pukul 8pg, en H ke bilik kursus, aku ke bilik sambung buat kerja. Hari ni memang bekerja bersungguh2 la sebab tanak angkut kerja ke next holiday kan. Sedar2 dah tengah hari dan hujan lebat. Turun lunch then naik balik buat kerja. Hai la katil, x dapat aku nak bermalas malasan. Huhu..

Petang tu lepas abes sesi hari ni, kami keluar ke pekan kuah, pergi kompleks Hig baru, kedai lama dia, cocoa valley, SAGA, semua kami masuk tapi keluar tangan kosong..haha..survey je dulu harini. Memandangkan esok program en H habis tengahari dan feri kami pukul 6 ptg sempat beli esok. Geng en H balik awal pukul 2ptg. Tengok diorang sakan shopping. Ada 3 barang je aku aim beli kat sini, beg (mak pesan), pressure cooker dan coklat (almond gold whittaker's). Pressure cooker kat HiG semua rm130 lebih. Saiz kecik2 ja. Berkenan kat Tefal Clipso Pressure Cooker 8L rm649. Nak survey kat Idaman Suri hari Jumaat diorang tutup.  Coklat hershey di cocoa valley murah lagi. kalau di HIG 1 paket rm13.50 dia 1 paket rm12.90. Tapi x banyak pilihan. Last2 kami ke RAMS dan beli 1 paket almond whittaker's, nak rasa. Dari blog ramai orang semua dok cari coklat ni. Memang sedap. Lemak berkrim dengan rasa rangup roasted almond dia fuh..

3 x 45g RM9.90
Lepas tu balik hotel dinner (plan nak try makan kat Hj Ramli Restoran yang orang kata famous tu, tapi x jadi sebab da disediakan makanan kan, buat apa membazir..hehe), tak sempat ke pantai cenang sebab kejar masa. en H janji dengan kawan2 dia nak karaoke. Aku x join, naik bilik buat kerja.

Bersambung Langkawi Part 3.