Wednesday, 18 February 2015

Bergedil Daging

Salam dan Hi Semua...

BERGEDIL KENTANG BERDAGING

Bergedil kentang berdaging, itu lah resipi yang saya akan kongsikan pada entry kali ini. Saya buat bergedil untuk dimakan bersama soto ayam, tak lengkap rasanya kalau takde bergedil ni..macam kurang umphh..hehe.Rasanya semua orang pon biasa makan dan buat bergedil ni, selain di makan dengan soto boleh juga di makan dengan nasi, mihun sup dan sebagainya. Di sini saya kongsikan resepi bergedil kentang daging yang saya belajar daripada ibunda kesayangan saya.

Bahan-bahan:

5 biji kentang saiz sederhana - dibuang kulit dan dibelah 2
1 ulas bawang besar - didadu
200g daging kisar Ramly
1 biji cili merah - diracik
daun sup daun bawang - dihiris nipis
garam, lada hitam secukup rasa
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur 


Bergedil kentang berdaging

Cara-cara:
  1. Rebus ubi kentang dalam 15 hingga 20 minit atau hingga empuk, tambah sedikit garam.
  2. Toskan kemudian lenyek sampai hancur.
  3. Daging kisar direbus dengan sedikit air (sekadar tenggelam) dan garam sehingga air kering.
  4. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, gaul sebati.
  5. Bulat-bulatkan sebesar cekodok (saya dapat dalam 32 ketul).
  6. Celup dalam telur, dan kemudian goreng (goreng sedikit2, dah masak sebelah baru kalih sebelah lagi dengan berhati2 untuk elakkan bergedil dari hancur).
**dalam kuali di atas, saya goreng banyak sekali, konon2 2x goreng ja la, masa kalih sedikit hancur, batch ke2 dalam kuali, saya kurangkan separuh dan selamat dari kehancuran, comel je dia masak..heheh**

SELAMAT MENCUBA
XOXO

Friday, 13 February 2015

Coleslaw Sedap dan Mudah

Salam dan Hi Semua...

Hari ni saya buat Coleslaw untuk dihidang sebagai side dish Lamb Chop.. senang je rupanya.

COLESLAW 


Coleslaw


Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - bersihkan kemudian disagat
1/4 biji kobis ungu - dihiris nipis, dibersihkan kemudian toskan hingga kering
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
secubit garam

Cara-cara:
Gaul sebati kesemua bahan dalam mangkuk, sejukkan.

Thursday, 12 February 2015

Lamb Chop

Salam dan Hi Semua...

LAMB CHOP

Lamb Chop


Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis
Resepi asal oleh Chef Amer Hamzah

 8 keping lamb shoulder (saya beli 4 keping je, cukup untuk berdua dengan Mr Husband, 2x masak..hehe)

Bahan perapan:
8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai- dimayang halus
130ml minyak jagung/ minyak zaitun (saya guna minyak zaitun)
70g air
30g lada hitam biji - ditumbuk
40g gula pasir/ gula perang (saya campur)
5g Paprika
10g serbuk stok perang Knorr
50g sos HP original
25g Yellow Mustard
2g Thyme
2g Rosemary
10g garam

Antara bahan yg digunakan
  • Kisar bawang putih, bawang merah, serai, minyak zaitun dan air sehingga halus
  • Campurkan semua bahan perapan kecuali rosemary sehingga sebati, masukkan rosemary. **saya gunakan herba kering dalam botol je **knorr brown sauce ni dijual dalam paket 1kg, shelf life dia dalam masa setahun je, so kena la rajin buat sebab bukan murah sos perang ni, nanti membazir..hehe**
  • Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian (**saya lumur banyak kot, kak ita boleh lumur untuk 8 ketul, saya cukup untuk 4 ketul je**)
Daging siap dilumur bahan perapan

  • Susun di dalam bekas dan perap semalaman (biarkan sejam diluar dahulu supaya semua bahan menyerap dalam daging sebelum di simpan dalam peti ais). **untuk memudahkan proses defrost sebelum digunakan, bolehkan paketkan dalam kuantiti kecil cukup untuk dibakar**
Bahan Sos Black Pepper:
 40g mentega 
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5g bawang holland 
10g lobak merah
10g celery
1 keping Bay Leaf
1g Oregano
1g Parsley
15g lada hitam biji - ditumbuk
20g serbuk stok perang Knorr
20g tepung (saya guna tepung jagung)
600ml air
15g gula
5g garam
5g serbuk secukup rasa
25ml krim tenusu (UHT whipping cream)

  • Kisar halus bawang putih, bawang merah dan bawang Holland tanpa air (saya kisar bersama celery dan lobak merah)
  • Panaskan mentega (saya letak sedikit minyak zaitun)
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing
  • Kemudian masukkan daun bay dan herba, kacau perlahan
  • Masukkan tepung dan stok perang sehingga ia jadi pes yang pekat dan hitam
  • Masukkan lada hitam, kacau dengan api perlahan sehingga naik bau
  • Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil dikacau sehingga kuahnya sedikit pekat
  • Masukkan krim dan kacau rata
**untuk herba, saya gunakan Meriah Italian Herbs (didalamnya terkandung Oregano, Thyme, Parsley, Basil), Meriah Rosemary Leaves, Meriah Paprika dan Meriah Bay Leaves. 
**Herba kering ini juga terdapat dalam brand lain seperti McCormick dan MasterFoods**
**cubaan kali ke2 sy blend je bahan kisar dengan sedikit air sbb susah la nk hancur tanpa air..pastu tumis smpai garing-hasil dia sama ja sedap..hehe**
Sos Black Pepper

 Selepas siap semua, daging pun dah dinyahbeku, boleh lah masak daging. 
  • Saya oles minyak zaitun pada pemanggang ajaib.
  • Panaskan pemanggang ajaib dengan api sederhana, masukkan daging kambing, tutup dan bakar selama 15 minit.
  • Terbalikkan pemanggang, dan bakar lagi selama 15 minit.
  • Saya hidangkan kambing bersama kentang putar dan coleslaw.
Terima kasih kak Ita dari blog Masam Manis yang sudi kongsikan resepi Chef Amer ni, memang sedap, pastinya sangat berpuas hati dan lepas ni bila teringin nak makan western tak perlu lagi makan di luar..hehe

 

Tuesday, 10 February 2015

Mari Meroti : Roti Sarang Lebah

Salam dan Hi Semua..

Hari ni terlebih rajin plus teringin sangat nak mencuba resipi roti sarang lebah yang tengah hot meletop sekarang ni. Nampak seperti remeh proses pembuatannya tapi percayalah memang sangat berbaloi hasilnya. Sedap sehingga menjilat jari.

Resepi dicuba dari blog Azlita Masam Manis 
A) Bahan Roti

Bahan-bahan Doh:

300g tepung roti/ tepung high protein/ tepung superfine ( saya guna tepung high protein)
200g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung (saya guna susu tepung nestle omega)
2 sudu besar madu
1 biji telur (saya simpan sedikit untuk gliss)
250ml susu segar (saya guna dutch lady fresh milk)
6g yis segera (saya guna mauripan)
40g gula pasir
40g butter (saya guna buttercup)
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Bahan Gliss:
Sedikit telur
1 sudu besar susu segar

Bahan Topping:
Kuaci Hijau
Kuaci Putih
Kepingan Badam
Bijan Hitam

Cara-cara:

  • Terdapat 2 cara untuk membuat roti, iaitu menggunakan bread maker atau menguli menggunakan tangan. (oleh sebab saya takde bread maker, maka saya uli dengan tangan..hehe)
  • Masukkan kesemua bahan doh dalam bekas adunan (saya campur bahan mengikut jenis, dari kering kemudian cecair, kemudian last sekali lemak) dan uli hingga tidak melekat pada tangan (lebih kurang 35 hingga 45 minit dengan bantuan mr husband..hehe). Kaedah menguli macam kita memberus kain. **saya ayak dulu tepung**
  • Setelah menjadi doh, masukkan doh tadi ke dalam plastik bersih dan ramas untuk 8 hingga 10 minit, kemudian keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan (saya uli dalam 5 minit) sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
  • Kemudian, tutup bekas adunan berisi doh dengan plastik wrap atau kain bersih dan perap di tempat yang sedikit hangat (saya perap dalam oven yang tak dihidupkan) selama 40 minit hingga 1 jam untuk doh naik 2x ganda.
  • Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.
  • Sapukan butter pada loyang.
  • Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya buat 30g setiap satu), bulat-bulatkan (**untuk memudahkan proses membulatkan doh, letak doh dalam tapak tangan, rapatkan ibu jari dengan jari lain, kemudian tolak doh keluar melalui jari yang dirapat, anda akan dapat bulatan yang licin dan cantik**) dan susun dalam loyang (**jangan susun terlalu rapat, nanti doh naik terpenyek, jarakkan**) sehingga habis.
Pengembangan doh- letak jauh2 pon mereka merapat taleh berpisah..hehe

  • Tutup loyang dengan kain bersih atau plastik wrap, perap semula supaya doh naik 2x ganda di tempat yang sedikit hangat selama 40 minit.
  • Panaskan oven pada suhu 170 degree celcius (saya guna 180). **loyang juga memainkan peranan dalam penentuan suhu, jika guna loyang non-stick yang warna hitam tu, suhu oven harus direndahkan 20 degree kerana resapan haba lebih tinggi berbanding loyang aluminium, nanti keliling dan bawah bun jadi cepat hitam/hangit**
  • Gliss permukaan bun (jangan sampai meleleh mengenai loyang, nanti bun sukar ditanggalkan dari loyang), taburkan bahan topping (saya guna kuaci hijau dan bijan hitam sahaja), sapukan gliss sekali lagi supaya bahan topping melekat.  **lagi banyak gliss (telur banyak) kita letak, lagi cepat perang permukaan dan rangup, jadi letak berpada ye..hehe**
Proses menghias

  • Bakar bun selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang (15 minit pertama saya guna api bawah sahaja, 5 minit kemudian api atas bawah).
Sedang dibakar

  • Setelah bun diangkat, gliss permukaan bun dengan butter untuk kelihatan berkilat.
  • Pindahkan ke atas pinggan dan tuang sos karamel di atasnya.

Siap..Yeay!!

B) Bahan Sos Karamel/ Butterscoth

2 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim/ thick krim
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanila
secubit garam

Cara-cara:

  1. Cairkan butter
  2. Masukkan gula perang, masak hingga cair 
  3. Tuangkan krim (saya guna UHT whipping cream brand Paysan Breton), esen vanila dan garam, kacau rata.
  4. Jika sos pekat, tambahkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga nampak licin. (saya tak tambah sbb kepekatan dah cukup cantik bagi saya).
  5. Tuangkan atas roti tadi atau boleh jugak dicicah.
**pada cubaan pertama, saya skip letak krim dan gantikan dengan susu segar, bila masuk je susu terus gula perang jadi berketul2 dan kena masak atas api perlahan dengan agak lama sambil terus dikacau untuk gula larut dan sos memekat menjadi perang namun harus berhati2, terlebih perang, sos menjadi pahit**

**cubaan kedua, saya gunakan uht whipped cream (thick cream), selepas masukkan krim, walla gula sebati dengan krim dengan cantik..dan rasanya sangat sedap berbanding menggantikan dengan susu segar, sangat creamy**

**saya gandakan bahan sos butterscoth untuk adunan roti di atas sebab kami suka sos yang melimpah ruah, habis kering sos dicicahnya sampai tak cukup..hehe**

UHT Whipped Cream
UHT whipping cream ini boleh didapati di pasaraya2 seperti econsave, mydin dll, 200ml dalam linkungan harga RM6.00++ ke RM7.00++. Terdapat juga brand lain, saya pilih brand ni  kerana jelas logo halalnya.
SELAMAT MENCUBA..
XOXO

Wednesday, 28 January 2015

Salad Buah Buahan

Salam dan Hi Semua..

Hari ni teringin pulak nak makan menu sihat kononnya, lagi-lagi semenjak dua menjak (bukan baru minggu ni ke??) ni rajin jogging petang2 dengan Mr Husband. Haha..Doakan kami istiqamah ye kawan kawan...Godek2 peti ais, bahan ada, so mari la kita usha pembuatan salad yang marvelous ni.

SALAD BUAH BUAHAN

Salad Buah-Buahan


Bahan-bahan:

1 biji epal merah Fuji - didadu
1 biji epal hijau Le Crunch - didadu
1 biji pear - dibuang kulit dan didadu
Anggur hitam tanpa biji
Segenggam kacang gajus
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar plain yogurt
  •   Gaul sebati semua bahan dalam mangkuk, sejukkan.
  • **saya kurang gemar rasa masam mayonis, saya letak 1 sudu je, bahan-bahan di atas boleh diubah ikut citarasa masing-masing**
Sedapnya, rasa masam manis berlemak, ditambah dengan kerangupan kacang gajus memang rasa nak buat lagi dan lagi dan lagi.Hehe..

Saturday, 10 January 2015

Karipap

 KARIPAP

Karipap adalah kuih kesukaan saya terutama yang dibuat oleh ibunda saya. Sebab apa? Sebab susah nak jumpa kuih karipap berinti ubi kentang. Selalu yang dijual kebanyakannya ubi keledek. Saya tak gemar karipap selain berinti kentang. Jadi kalau tak nak beli kat luar kena la sediakan sendiri. Selalunya saya sediakan untuk sarapan pagi, namun petang hari sebelumnya saya siapkan doh dan inti dahulu kerana proses pembuatannya agak mengambil masa.

Karipap panas! :)


Bahan-bahan Doh:
4 cawan tepung gandum
3 sudu besar planta
Air sejuk (dari peti ais) secukupnya
  • Gaulkan tepung dan planta dalam bekas adunan hingga rata atau sehingga jadi seperti serbuk roti
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul sebati sampai jadi doh
  • Uli sampai doh lembut dan tak melekat pada jari
  • Tutup bekas adunan dengan kain atau plastik wrap, perap semalaman 
Bahan Inti:
6 biji kentang saiz sederhana - didadu
300g daging kisar
2 sudu besar rempah (saya guna rempah ikan Baba's)
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 ulas bawang besar - dibelah 4, dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
Daun sup daun bawang -dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan bancuhan rempah (rempah + air + garam), masukkan daging, masak hingga pecah minyak
  • Masukkan ubi kentang, tambahkan air, masak hingga kentang empuk. Jika belum, tambah air lagi.
  • Bila nampak kentang empuk, masukkan cili merah, bawang besar, gula secukup rasa. Biarkan kering sedikit.
  • Masukkan daun sup daun bawang, kacau seketika hingga daun layu, matikan api.
  • Sejukkan.
Bila doh dah ready..inti pon dah sejuk, boleh la kita teruskan proses menyiapkan karipap. Untuk adunan di atas saya dapat dalam 32 ketul karipap.

Karipap dan proses pembuatannya


  1.  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bulat-bulatkan.
  2. Canaikan sebesar tapak tangan.
  3. Letakkan inti kemudian klim. **saya klim tangan, x berapa gemar guna acuan, guna acuan bila goreng klim terbuka sebab saya suka letak inti banyak, baru makan puas, ye tak**. Buat sampai habis.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng. **pastikan minyak panas sedang elok sebab kurang panas, kuih masuk minyak; terlebih panas, luar hitam dalam tak masak tepungnya**
SELAMAT MENCUBA
XOXO

Tuesday, 2 December 2014

Jalan-jalan : Episode Koh Lipe

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sini kami nak share berkenaan percutian kami yang ohhseem dengan geng2 yang ohsem juga. Yup! Percutian ke Negara jiran, Thailand. Kami mengambil kesempatan ke Pakbara dan Koh Lipe.
Ahli rombongan ms Lili menunggu En. Amin
Trip kali ni adalah selama 4 hari 3 malam.

Day 1: Kuala Perlis

Perjalanan kami bermula pada 29hb November 2014 di mana kami berkumpul di D'view Hotel and Guest house, Kuala Perlis. Kami bertolak dari rumah kami dalam pukul 8 pagi dan sampai ke Kuala Perlis pada pukul 11.00 pagi.
Alhamdullilah trafik berjalan lancar pagi tu. Sebenarnya niat bergerak awal sebab nak kejar sampai sebelum semayang jumaat masa tu.. hehe..

Kami ingatkan ahli rombongan lain pun bergerak awal. So lebih berkobar la nak gerak awal. Rupa-rupanya kami la orang paling awal sampai ke checkpoint 1 (D'view Hotel and Guest house, Kuala Perlis). Masa kami merisik tempat ni, dok membayangkan macam hotel la. Tak terdetik la pulak hotel/guest house ni terletak dalam taman perumahan. Staff dia friendly dan layanan dia baik. Hubby minta nak masuk awal sebab nak pergi semayang Jumaat pun dia bagi masuk awal walaupon check in sepatutnya pkul 2.
Kami ambik 2 buah rumah guest house. Guest house ni adalah rumah semi D dua tingkat kat taman Kuala Perlis, dekat ja dengan Jeti Kuala Perlis. Guest house ni ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Semua bilik ada aircond dan semua bilik dia bagi katil queen size. Ruang tamu dan kitchen semestinya ada; ni kan rumah. Siap ada mesin basuh ngn peti ais dua pintu. Cumanya dapur gas memasak tak ada la.. so makan kena makan kat luar atau tapau bawa balik umah. Rumah ni sangat selesa dan recommended utk family utk stay sini kalau ada kenduri kendara atau nak trip balik hari ke langkawi. Petang tu geng wanita semua sampai. Kami dinner kat jeti Kuala Perlis. Malam sini sgt meriah. Siang 2-3 kedai je bukak. Makanan dia boleh tahan sedap terutama sotong goreng tepung, teringat2 beb. Malam baru kawan hubby sampai.

Day 2: Kuala Perlis - Wang Kelian - Pakbara

Perjalanan hari ni bersemangat selepas semua bangun awal dan makan roti canai / nasi lemak. Kami bergerak dan check out pada pukul 10 pagi. Plan nak masuk thailand melalui pintu wang kelian. 
Singgah jap dalam perjalanan utk isi minyak kasi penuh tank sebab kalau da masuk siam baru nak isi, alamatnya mahal le nak kena keluar duit. Kami konvoi 3 bijik kereta. Yang lain semua bawa kereta luar negara, kami je yang bawa kereta buatan Malaysia. Hehe. Perjalanan nak ke Wang Kelian boleh tahan mencabarnye walaupun hubby muka tenang je bawa pusing2 bukit tu. Dia punya curam rasanya memang kalau bawa moto kapcai, gear satu belum tentu naik lagi.

Kami sampai kat Wang Kelian dalam pkul 12 tengah hari. Kat pintu border lagi dah ramai orang nak masuk. Parking pun main parking je mana sempat. Tapi alhamdullilah sempat gak mencari parking di sekitar imigresen tu. Ha.. yang penting jangan lupa passport. Walaupun negara jiran, still kena ada passport. 
Border Checkpoint

Time kat border ni banyak jugak benda kena buat dan agak memakan masa memandangkan berebut ngan warganegara yg lain yg nak pergi Wang Kelian membeli belah. So first skali kena g buat insuran kereta dulu kat booth sebelum pada imigresen tu. Kami buat insuran ngn Siam City Insurance Public Company Ltd dengan bayaran RM17 untuk 10 hari (fakta ini kena disahkan semula sebab bendahari yang buat urusan ni orang lain.. hehe). Masa ini kena ada salinan atau original geran kereta untuk pengesahan.

Lepas setel insuran, setel passport plak.. Passport ni kita ada lalu dua pintu satu pintu keluar Malaysia dan satu lagi pintu masuk Thailand. So sebelum masuk pintu-pintu tu kena isi beberapa borang. Nak cerita kat sini macam terlalu teknikal plak. Mudah kata masuk ngan orang yang penah jalan-jalan ke siam ngan kenderaan sendiri. hehehe.. Kami singgah sekejap (dekat sejam) kt Wang Kelian ni memandangkan ada ahli rombongan yg nak beli beras siam dsb. Kami sendiri beli toto narita, harganya jauh lebih murah (RM37) dr tempat lain (RM50). Mesti ade yg tertanya balik nt x boleh ke beli, boleh aje..tp x byk pilihan la sbb pada hari minggu je meriah, hari biasa kebanyakan kedai x bukak. 

Sawadikap
Selepas semua gembira membeli belah, perjalanan diteruskan. Walaupun sudah di sempadan negara jiran, perjalanan masih terasa seperti di Malaysia kerana kiri dan kanan jalan melalui kampung mereka dgn perumahan yg sama je mcm kita. Dari pemandangan kampung, masuk pinggir bandar Satun kemudian bermula lah perjlnn panjang melalui hutan belantara di selang seli jalan yg berlopak2 dan berbukit bukau. Memandangkan kami sorg pon x GPS map Thailand, maka bergantung harap pd Miss Lili aka organizer + org yg tau jln. Kami ingatkan kami da sampai tp rupanya detour ke tempat makan special Miss Lili. Sepanjang perjalanan, kami berempat dlm kereta dok bercerita / speculate yg kononnya Miss Lili berpakat dgn org Siam dlm industri pemerdagangan manusia. Hahahaha. Mcm mana la Miss Lili dpt tau pasal kedai ni.

Menikmati lunch di tepian laut
Dekat nak sampai, kami nampak laut. Kedai makan ni tepi laut. Perjlnn yg berbaloi baloi utk appertizer hari pertama di Siam. Makanan yg sgt sedap dgn harga yg sungguh berpatutan. Bayangkan makan 11 org, makanan penuh 1 meja panjang dgn ketam (3 jenis masakan; sup, black pepper dan masak pedas), udang, sotong, ikan, semuanya fresh belaka baru RM300 lebih kurang. Diorang fasih berbahasa melayu dan bayaran dibuat dlm ringgit malaysia. Fuh, tersandar kekenyangan kami dibuatnya. Angin laut yg bertiup buat kami rasa nak terlena ja.. Jgn tak tau, auntie sebelah meja kami siap berbaring lagi.

Epp!! Rasa ngantuk kalau dilayan tak balik kita. Moh le kita bergambar pulak memandangkan pemandangan kat sekitar kedai makan ni menarik. Macam macam gaya dibuat oleh semua orang. Kalo ke Pakbara lagi lepas ni, kedai makan ni harus dikunjungi lagi (padahal x ingat langsung jalan nak ke sini...kena berguru dengan Miss Lili ni). 

Selepas puas bergambar, kami pon merangkak la perlahan lahan untuk ke hotel kami. Kami membayangkan perjalanan ke hotel lg halfway..TAPIII...kena patah balik ke pekan Satun td plus sesat berkali kali. Sepanjang jalan perkataan yg kami faham mungkin 7-Eleven saja. Sesuka hati je kami buat U-turn, nasib baik la sini ramai orang menggunakan motorsikal. Kebanyakan masyarakat sini gunakan kereta ala ala Hilux/ Land Rover yg digunakan utk bukan setakat bawa barang, tp angkut orang juga.

Waktu Solat Satun

Ok..da sesat tatau bila dan berapa lama lg nak sampai hotel, mari la kita tunaikan solat dulu. Jalan-jalan jugak. Solat jgn ditinggal..Kami berhenti di sebuah masjid. Nak bagitau nama pon kami xtau..nampak serupa ja tulisan diorg ni. Oh ya, masa diorg cepat sejam dari masa kita. Tapi waktu solat lebih kurang sama macam waktu kita. Kira kalau asar kita pukul 4.35ptg, diorg 3.35ptg. Lebih kurang macam tu la. Masjid dia lebih kurang masjid kita. Sebenarnya di Satun ni, selang 3-4 km kita akan jumpa masjid, sebab kebanyakan penduduknya beragama Islam.  So tak perlu risau. Mengikut maklumat dari rakan yg biasa ke sini, makanan halal sini mudah didapati. Perjalanan diteruskan. Sejam lepas tu baru kami sampai hotel. Hari pon dah gelap. Kami memilih The Lake Terrace Resort sebagai checkpoint ke2 kami. Apa yang menarik tentang hotel ni ialah lokasinya di tebing laut selain owner dia adalah rakyat Malaysia, orang nogoghi (negeri sembilah lah!).

Bilik Standard

Hotel sini berkonsep chalet, setiap bilik dinamakan mengikut nama negara. Kami book 3 bilik (1 standard room, 2 family room). Standard room seperti dalam gambar sebelah. Family room dilengkapi katil queen @ king plus extra tilam dan bantal, boleh muat 4 orang. Selepas bersihkan diri, kami ke lobi hotel untuk melihat pakej snorkeling yang disediakan untuk keesokan harinya. Lepas tu kami pi jalan jalan cari makan. Pekan satun ni kecik ja, malam kedai makan je yg masih bukak. Kami makan2 kat 1 gerai ni, order mihun sup, roti canai, teh ais, neslo, ckp melayu, urusan dalam ringgit malaysia, rasa mcm kt Malaysia lah. Kami makan sambil berbual2. 

Lepas tu kami landing kat kedai urut. Hurm..agak scary. kedai dia tak cantik mana. Kedai yg Miss Lili nak tu da tutup. Kami yg gegirl je la yg mengurut sbb sini tukang urut dia tak perempuan tulen, perempuan diantara je yg ada. Laki tulen xde ye. Kesian boboi semua, kena la balik hotel kemudian datang jemput kami lepas habis sesi. Sini kita cakap diorg tak faham, diorg cakap kami tak faham. Ah sudah. Bagi yg tak biasa urut kami ambik foot massage je untuk 30 minit. Yang dah biasa, diorg ambil body massage 1 jam.Act, foot massage pon, abes kena kepak tgn kami dibuatnya. Alahai.

Balik bilik, tidor la. apa lagi nak buat. Channel tv semua dalam bahasa thai ye. Tiada subtitle ye kawan kawan. Kalau faham boleh la layan. Lagipun esok subuh sini jam 4.50pg.

Day 3: Snorkeling - Koh Lipe

Pakbara Pier
Lepas subuh x tidor da, penangan excited plus nervous nak bersnorkeling kali pertama. Jam 8.30pg, kami turun ke kafe untuk sarapan. Seperti dijanjikan pukul 9pg, kami berkumpul di depan lobi utk pick up ke Parbara Pier (Jeti Pakbara). Eh..naik kenderaan ala-ala hilux diorg ke jeti yg mengambil masa lebih kurang 10 minit dari hotel kami. Di sepanjang laluan ke jeti, ade 2 org mamat ni beria ke kiri ke kanan amik gambar setiap org yg melalui kawasan ni. Korg boleh beli ye gambar2 ni ms korg balik dari snorkeling  nanti. Dan pertukaran mata wang kat sini lebih kurang 9.2 - 9.5 baht per RM1 kita. So idea yang baik kalau korang leh tukar siap2 kalau takmau mengalami kesukaran membeli barangan souvenir dan makanan kat sana.

Yeay! Dalam Speed Boat Ploysiam

Perjalanan ke pulau pertama adalah dalam sejam lebih. Semua pakat segar bugar. Alhamdulillah dalam group kami tiada siapa pun yang mabuk laut. Cuaca sangat baik. Semalam masa pilih pakej risau jugak, kalau cuaca tak ok. Dalam pakej yg kami ambil ni ade 3x snorkeling + lawatan ke 5 pulau (bulon island, lipe island, adang island, tarutao island dan ravee island) termasuk 1x lunch. Subhanallah. Sungguh indah ciptaan Allah. Pasir yg putih, laut yg sgt jernih kebiruan buat semua geng kami x sabar2 untuk terjun ke dalam air. Di pulau pertama (kalau x salah ravee island), kami diberi masa 30 minit untuk bergambar. Takdenya kami pusing pulau, memasing sume pakat mandi manda. Sebenarnya kan geng kami je yg main air, macam tak pernah jumpa air..Haha.. Cantik sgt pulau ni. 30 minit rasa tak puas. Sekejap sangat dah kena naik bot untuk ke pulau seterusnya.

Di Ravee Island
Di Lipe Island
Sebelum singgah di pulau ke 2 (Lipe Island), bot kami berhenti seketika kt pelantar @ jeti mana ntah untuk isi minyak. Kami semua disuruh turun. Selepas 10 minit camtu sampai di Koh Lipe. Yihaa! Sini happening. Kat sini ade hotel dan penempatan la. Kami kat sini dalam sejam. So sempat la cuci mata di kedai2 souvenir di kiri dan kanan sepanjang walking street ni. Kat sini kedai massage dia mmg la menawan tapi apakan daya masa tak mengizinkan, makanya kami sempat beli cenderamata, bergambar dan makan choc banana pancake. Ok, sebelum tinggalkan pulau ni, sila la pergi qada hajat siap2 ye, sebab selepas ni da tak jumpa tandas da.

Adang Island
Makan sampai kenyang
Di pulau ke 3, Adang Island, kami berehat untuk lunch. Lunch kami telah di pack siap2 dari tanah besar. Makanan dia boleh tahan sedap. Nasi putih + ayam goreng + sambal tumis udang + telur mata + sayur + buah tembikai dan nenas + mineral water + air soda hijau. Di sini waktu diperuntukkan lama dalam 2 jam lebih. Selepas kenyang, aktiviti snorkeling bermula. Weehoo. Ok. Nervous. My first time. Org lain da sampai tengah laut aku still dok bertatih. Nak apungkan diri pon penakut. Bila da boleh apung pandang bawah jadi panik pulak, makanya tersedak air ikut mulut dan hidung. Cett. Kesian hubby, kena teman den. Sorry ye cik abg.

Snorkeling
Selepas penat snorkeling di Adang Island, kami dibawa ke pot snorkeling kali ke2 pulak. Kali ni bot tak berlabuh tepi pantai pon. Tp dari bot still boleh nampak pulau lain. Kami kena terjun dari atas bot. Kali ni confident level den da bertambah dari tadi. Hubby kata skang da kat laut dalam. Kena slow2 tengok bawah takut panik. Memang cantik dapat tgk dasar laut. Lepas 30 minit snorkeling di sini, kami berhenti di pulau ke 4, Tarutao Island. Pulau ni tiada pasir sebaliknya dipenuhi dgn batuan bulat2 hitam2. Sangat cantik. Rasa nak ambil seketul dua utk dibuat kenangan. Tapi awas, tak boleh ye. Menurut tourist guide kami, sesiapa yg ambil batu ni akan terkena sumpahan. Wallahualam. Mungkin sebenarnya dikatakan begitu untuk elakkan batu batuan ni daripada di bawa balik pelancong yg datang. Ye la, kalo sorg ambil sorg sebiji dua, tak ke lelama abes. Hilang la daya tarikan pulau ni.

Tarutao Island
Selepas tu, kami ke pot snorkeling ke-3. Kat sini terjun cecah air je, da berlaku beberapa insiden cemas yg melibatkan aku dan beberapa geng. Di sini sepatutnya kami boleh lihat coral 7 warna. Tapi kami harus meniti melalui tali yang disediakan. Walaupon da berpegang pada tali, arus bawah laut yang kuat pada masa ni buatkan aku trasa nak disedut ke bawah bot menyebabkan aku panik dan terbelit snorkel sendiri. Panik buat main lagi. Terus merangkak nak naik bot. Rupanya bukan aku sorg ja yg rasa camtu. Geng2 yang dah biasa snorkeling pon hampir lemas jugak.


Muka Keletihan
Kami tak pergi ke pulau ke 5 memandangkan masa tak cukup. Berakhir sudah trip snorkeling episod koh lipe kali ni. Masa bergerak pulang ke tanah besar semula. Masa pergi semua segar, masa balik sume pakat lena keletihan. Muka masing2 pon da terbakar. Oh ya kalau masa nak balik tu korang leh collect gambar yg diambil masa jalan nk pegi trip snorkeling tu yang dah diprint atas plate dgn RM10. Balik semula ke The Lake Terrace Resort. Dalam perjalanan kami melalui kawasan pasar malam, boleh la usha malam nanti. Usai membersihkan diri, kami keluar untuk makan malam. Sebelum tu kami pekena 3 color sundae special kat resort ni. Sembang2 dgn owner, katanya pasar malam sini sampai maghrib je. Tak kesampaian la hajat kami. Selepas makan malam, sebahagian dari gegirl pergi berurut. Aku dan lain2 balik bilik mengemas barang dan berehat memandangkan esok nak check out awal. 

Day 4: Pakbara - Wang Kelian - Home Sweet Home

Bergambar kenangan
Menyambung tidor selepas subuh akibat keletihan. Act, aku rasa steady je lagi setakat ni. Tapi, hubby mmg kata dia sakit seluruh badan. Selepas sarapan, kami check out dan memulakan perjalanan pulang. Terpaksa pulang awal kerana ada antara kami yang ada jemputan kenduri. Singgah sebentar di Wang Kelian kemudian berpisah mengikut haluan masing2. 

Jadi sebagai rumusan; keseluruhan bajet percutian kali ini adalah RM500 per orang. Haritu kami lantik sorg bendahari yang mengatur pergerakan kewangan kami. So agak teratur jugak. Good job ms Lili atas penganjuran yang berkesan dan penuh kenangan.

SEKIAN. Terima Kasih Sudi Membaca.Hehe

Jumpa lagi di lain entry.