Saturday, 26 March 2016

Happy Birthday Bonda

Salam dan Hi Semua..

Minggu ini saya balik kampung. Dah lama tak balik dan kali ni balik lama sikit untuk sambut hari lahir bonda. Kami sampai Khamis petang. Bonda buat mihun sup tulang. Sampai2 terus makan. Hihi. Lepas tu ke  surau untuk kuliah maghrib satu family. 

Tapi kali ni ada kejutan terancang rupanya. Bila pintu dibuka tutup semua mata akan pandang sapa gerangan. Pandang sekali lalu. Pandang lagi. Eh? Adik ke tu. Mimpi ke apa. Tak bagitau pon nak balik juga, alih2 terjengul depan mata. Surprise katanya. Ingatkan mak ayah tak tau, rupanya diorang pon sama berpakat. Ceh. Patutla ada beberapa perkara luar biasa sebelum tu cam mak buat sup tulang sampai 2kg lebih, mak masuk bilik siap kunci pintu tapi keluar balik tak bersiap lagi untuk ke kuliah maghrib tapi tak tertanya la pulak.

Kami decide untuk sambut birthday bonda awal sementara semua ada. En suami dah balik, tggal kami ber empat. Buat hari sabtu, awal 4 hari. Saya buatkan bonda cheezy carrot cake hasil pembelajaran 2 minggu lepas di kelas chef tersohor chef amer. Sedap kek ni. Masa nak hias, ayah dan adik pon nak juga kek dengan nama diorang, birthday ayah bulan jan, adik feb jadi tulis la nama tiga2 atas kek. Hihi. Kira sambutan birthday trio terus. 




Wednesday, 23 March 2016

Kek butter klasik

Salam dan Hi Semua..

Hari ni saya cuba buat kek butter klasik menggunakan pure butter. Kek ni berasal dari zaman dulu-dulu lagi menggunakan bahan-bahan asas sahaja tapi kesedapannya memang tak dapat dilupakan. Lagi-lagi bila guna pure butter, wangi semerbak. Sebenarnya dari zaman kecil-kecil dulu lagi setiap kali nak raya, pasti bonda buatkan 2-3 biji untuk di bawa pulang ke rumah tok wan. Sekejap je habis dikerjakan anak-anak sedara. Hari ni resipi dicuba dari blog Suka Suki. Siap kek ni saya berikan sedikit pada jiran, membalas laksa ke kuew tiaw tomyam. Lupa dah, tu la perap lama sangat. Sori ye kak..hihi. Sebahagian lagi saya bawa balik kampung...

KEK BUTTER KLASIK



Bahan-bahan:
5 biji telur size A
180g gula kastor
200g tepung kek @ tepung naik sendiri
*kalau guna tepung gandum tambahkan 3/4 sudu baking powder*
250g salted butter
1/2 sudu esen vanila
  1. Lengserkan loyang 8" dengan butter, alaskan dengan baking paper.
  2. Panaskan oven pada suhu 170 degree selama 15 minit.
  3. Pukul butter dan gula dengan mixer. Mulakan dengan kelajuan rendah, dah sebati naikkan kelajuan hingga butter betul-betul sebati dengan gula.
  4. Perlahankan mixer, masukkan telur satu persatu sambil terus diputar. Tambahkan kelajuan, putar hingga adunan sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  6. Dengan menguunakan spatula, kaup balik tepung ke dalam adunan hingga sebati. masa ni kalau nak boleh tambah choc chip ke kismis ke.
  7. Boleh terus tuang dalam loyang. 
  8. Saya bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah 1 sudu besar serbuk koko.
  9. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang seli bahagian adunan putih dan adunan koko.
  10. Bakar pada suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga masak.


Tuesday, 22 March 2016

Daging Goreng Kunyit Bonda

Salam dan Hi Semua..

Menu makan malam kami arini adalah daging goreng kunyit resipi bonda. Resipi ini lain dari daging goreng yang kita biasa order kat kedai masakan panas ala Thai ye sebab berkuah.

DAGING GORENG KUNYIT 

Daging goreng kunyit


Bahan-bahan:
600g daging - dihiris nipis dan dibersihkan
1 inci halia - dihiris mancis
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Air secukupnya
Air asam jawa
1 ulas bawang besar - hiris gelang
1 tangkai cili merah - hiris
6 tangkai cili padi - diketuk
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Daging digaul bersama garam dan kunyit, biarkan sekejap.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sebentar.
  • Tambahkan air melebihi paras daging, biarkan daging empuk.
  • Tambahkan air lagi, kali ni separuh je dari air tadi, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Selepas air hampir kering, tambahkan air asam jawa, cili merah, cili padi beserta bawang besar.
  • Perasakan gula dan garam secukupnya. 
  • Biarkan merenih seketika.

Saturday, 19 March 2016

Bawal sweet sour

Salam dan Hi Semua...

Hari ini nak share menu makan malam kami yang serba simple. Ikan bawal sweet sour je. Makan dengan nasi baru lepas tanak memang tak pandang kiri kanan.

BAWAL SWEET SOUR

Bawal sweet sour
 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas - dibersihkan
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris mancis
6 tangkai cili padi - diketuk
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kelar ikan, gaul dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili sos tomato dan sos tiram. Boleh tambahkan air jika pekat.
  4. Selepas mendidih masukkan bawang besar.
  5. Tuangkan atas ikan tadi. Boleh ditabur daun sup daun bawang.


Monday, 7 March 2016

Mango Chicken

Salam dan Hi Semua.

Memandangkan ramai orang dok pos gambar-gambar makanan yang tengah meletop skarang ni, mango chicken, terliur pulak nak merasanya. Mencari resepi tak jumpa yang seakan dalam gambar, saya hentam je la. Haha. Tapi yang penting sedap dan en suami suka..:) Ada rasa manis2 masam2 kepedasan.

MANGO CHICKEN



Bahan-bahan:
2 ketul ayam whole leg - dibersihkan
1/2 biji mangga - di hiris mancis
1 ulas bawang besar - dihiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris nipis
2 tangkai cili padi - hiris nipis
tepung tempura secukupnya
4 sb maepranom sweet chili sos
sedikit cuka
air secukupnya
lada hitam dan lada putih
sedikit garam

Cara-cara:
  1. Gaul ayam dengan lada hitam dan lada putih
  2. Celup rata ke dalam tepung tempura yang telah digaul dengan sedikit garam.
  3. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  4. Masak sos cili maepranom bersama cuka dan air. Kepekatan ikut suka.
  5. Curahkan sos ke atas ayam tadi.
  6. Tabur hirisan mangga, cili merah, cili padi dan bawang besar di atasnya.
  7. Siap.