Salam dan Hi Semua...
Lama menyepi..untuk beri 100% fokus kat viva..selepas dpt panggilan viva dr GSO memang start menghitung hari..hari2 rasa stress membaca dan memahami semula tesis yang dah 8 bulan x tengok pas submit (padan muka, siapa suruh kan)...huhu..pastu p baca pengalaman org lain viva menambah cuak..baikla tak payah baca..haha..bagi meringankan tekanan perasaan, en H pon tiap petang pas kerja bawa naik motor..boleh? Lepas tu en H belikan air zam zam, bacakan air Yassin kat masjid masa malam jumaat, penat tengok wife dia stress dan nangis hari2...
Lepas siapkan slide dan minta supervisor semak, saya pon mula praktis present. Praktis depan en H, sorang2 sampai la rasa macam nak muntah. Sehari sebelum hari kejadian, lepas waktu kerja (sbb en H ada kursus pulak) baru gerak ke KL..Allah mudahkan dengan tetiba gso call inform pertukaran masa viva dari 9.30pg ke 2.30 ptg beberapa hari sebelumnya. Sempat la kejar. Musim hujan, perjalanan kami malam tu diiringi hujan lebat seawal perjalanan sampai la transit rumah mak. Masa ni dah x larat nak tension. Perasaan macam pasrah..haha. Rasa macam x perasaan. Boleh sembang2 gembira dengan family, makan kenyang2..tidor dengan lena. Pelik sebenarnya sebab saya ni jenis darah gemuruh..
Pagi hari kejadian, lepas subuh bc yassin dan mathurat, dah pasrah sepasrahnya, hanya mengharap pertolonganNya. Lepas breakfast, dalam pukul 8.30 pg gerak ke KL. Gps pulak buat pasal. Pas restart byk kali baru ok..apakah..please la..kami walk in ke 101 hotel bangi, check in dulu. Simpan barang, tukar baju. PA prof call, tanya nak jumpa prof dulu bagi copy tesis @ jumpa masa kat bilik viva je. Memula decide jumpa kat bilik viva je memandangkan sekarang dah pon pukul 11.30 tgahri..Tapi last2 tukar fikiran, jumpa prof dulu mana tau ada tips @ amanat terakhir ke yang boleh dijadikan azimat pembakar semangat kan...Jumpa prof setengah jam.. tapi dari nk semangat terus down..saya g tanya prof, siapa internal saya, prof leh jawab nasib u x baik..prof XXX. erk..maintain cool, sembang sikit2 (act ms ni pasrah dan redha) dah.. prof siap cakap jangan x mai lak viva. Saya datang dari jauh ni, wajib mai. (dalam hati dah nyanyi lagu que sera sera).
Masuk kereta trus nangis lagi.. Sian en H nak kena tenangkan saya. Dr ofis prof gerak ke bilik viva. Nasib baik diorg bagi masuk awal. Boleh la try run slide dan present skali lg depan en H. Lepas present masa ni dah pukul 2 ptg, en H tinggalkan saya dan dia tunggu di luar. Tengah tenangkan diri sorg2, chairman masuk. Siapa ye..Den x kenal..haha...Rupanya lecturer fakulti jugak cuma lain department. Baik dr ni, sembang2 dengan dia hilang rasa gabra. Lepas tu co supervisor masuk. Mana internal n external ni...Dah 2.30 ptg. Den x sabar nak balik. 2.40 kot br internal mai...Chairman pon memulakan sesi..saya dan co-supervisor diminta keluar sekejap untuk diorang berbincang (masa ni br prof mai, external x dtg la kot dah mula sesi). Masuk kembali, saya diminta present, waktu diberi 20 minit. Internal kata 10 minit cukup tak perlu lama2. oh my.. Present sepantas boleh (sbb praktis 20 minit kan). Lepas present baru saya duduk (boleh ja nak duduk sambil present pon). Start sesi Q and A sambil diorg go through helai demi helai tesis saya. Serangan bermula!!
Tapi sebenarnya kan syukur sangat, rasa macam ada pertolongan Allah sepanjang viva ni. Internal x bertanya banyak, cuma bagi cadangan dan komen. Pengerusi pon baik hati. Rasa viva ni macam santai. Komen paling ketara dari ketiga2 panel (chairman mewakili external) adalah typing error yg banyak. Memang banyak pon, masa baca balik tesis da cuak sebab baru sedar kesalahan2 tu. Pernah baca dr blog mana (x ingat), dia siap dapat soalan 'kenapa diorang patut trust data kita memandangkan terdapat kecuaian ejaan dll'.. pergh...Lepas selesai ke page terakhir, kami diminta keluar sekali lagi. Keluar2 tengok en H da ada kat luar..Sembang2 sementara tunggu result. Prof kata hari ni gso macam tenang ja, macam xde orang. Btol la, den pon rasa sama gak..selalu mai gso penuh orang berurusan..Lepas 5 minit (dalam pukul 4.10 ptg), di panggil masuk dan chairman pon mengumumkan keputusan.
"Tahniah, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima tesis pn dengan major correction" (x ingat dah susunan ayat nye..macam panjang lagi, tapi lebih kurang la kan). Pastu depa sume pandang, eh kena bagi ucapan ke..haha..saya pon cakap Alhamdulillah, terima kasih semua, saya rasa bersyukur sangat2..terima kasih..rasa cam menang Award..haha..tapi niat nak jerit lepas diumumkan lulus kena tahan dulu la kan..Chairman bagitau pembetulan kena siapkan dalam masa 2 bulan. Tapi rasanya 2 minggu je dah cukup untuk siapkan katanya. Disokong pulak oleh internal sbb dia xde kat Malaysia hujung mei nanti utk jangka masa yang agak lama.. Oh my..dalam hati dok pikir bila nak buat..sempat ke..den pon nak bercuti jugak..da plan..da booking hotel semua..sob sob..lantakla, jalan tetap berjalan, yang ni nanti den cari jalan supaya siap dalam masa yang ditetapkan.
Yeay...yeay..lepas semua selesai, jumpa peg yang uruskan viva ni, dia kata report viva akan keluar lepas seminggu. Lepas tu buat pembetulan ikut report tu. En H kata den senyum sampai telinga..harus la..bahagia..Still rasa x percaya da selesai viva, dok tanya en H den mimpi ke betul..haha.. Petang tu kami ke Low Yat, tukar memory card hp adik. pastu usha hp nak hadiahkan kat mak..Lepas 3 jam usha, duduk bangun, naik turun escalator, kami beli Oppo neo 5.. Masa nak balik gps buat hal lagi, sampai sudah restart berkali2 pon x boleh on. dah la gps satu lg x bawa. Tawakal je la redah balik. Sesat merata, siap lalu depan dataran merdeka, maka tercapai la hasrat ku untuk melaungkan merdeka merdeka sempena lulus viva..(haha..poyo)...lepas berhenti kereta berkali2, restart gps berkali2 baru faham yg software dia seolah2 x leh baca.. So bawa kuar masuk bebapa kali boleh on, kami gerak ke satay kajang. Fuh, tercapai gak hasrat en H nk makan satay, sekarang dah pon jam 11.30 malam (lama gila sesat). Nasib baik diorang tutup kul 12.30. Tapi dapat makan satay je la, nasi2 dapur da tutup katanya. Solat siap2, sbb hotel kami stay luas sekangkang kera ja. Tapi surau satay kajang ni bau macam toilet. adoila.
Balik bilik, belek hp, tdoq...
No comments:
Post a Comment