Thursday, 30 April 2015

Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL 2015)

Salam dan Hi Semua..


Pesta buku dah start mari le kita semua belanjakan baucer buku..hehe..tahun ni berkesempatan datang, Alhamdulillah..last datang bila ntah, lupa dah beberapa tahun yang lepas rasa. Masa zaman tu xde lagi baucer buku segala baucer bagai ni. Konon nak datang sekejap je la (menipu je, rambang mata semua nak masuk tengok), sejam dua lepas tu balik. Last2 berjam2 tu pon masuk, lalu (scan je buku) dan keluar.haha..kalau belek, seharian la alamatnya kat sini.

Hi en abg, gps kete wat hal kita beli novel gps cinta??? ahaks


Habis la rm150 baucer di sini, lepas tu dah tatau nak beli apa dan n perut pon lapar, beredar la kami. Beli buku catatan mat lutfi dan buku almarhum nik aziz adik pesan. Aku lak beli majalah dapur apartment dan laman impiana dengan ensiklopedia manual kehamilan (cewah..;p) terbitan mustread. Dari pwtc kami ke ikea damansara. Konon nak beli sebiji dua barang, last2 beli mug semata..hahahaha..tapi xpe, janji dapat makan. Try la kami IKEA meatball yg diperkatakan orang sangat sedap tu, bagi kami biasa2 ja, rasa sama ja macam Azmy meatball yg frozen tu. Kami suka salmon dia lagi. Sedap..


Meatball

Salmon

Viva Voce

Salam dan Hi Semua...

Lama menyepi..untuk beri 100% fokus kat viva..selepas dpt panggilan viva dr GSO memang start menghitung hari..hari2 rasa stress membaca dan memahami semula tesis yang dah 8 bulan x tengok pas submit (padan muka, siapa suruh kan)...huhu..pastu p baca pengalaman org lain viva menambah cuak..baikla tak payah baca..haha..bagi meringankan tekanan perasaan, en H pon tiap petang pas kerja bawa naik motor..boleh? Lepas tu en H belikan air zam zam, bacakan air Yassin kat masjid masa malam jumaat, penat tengok wife dia stress dan nangis hari2...

Lepas siapkan slide dan minta supervisor semak, saya pon mula praktis present. Praktis depan en H, sorang2 sampai la rasa macam nak muntah. Sehari sebelum hari kejadian, lepas waktu kerja (sbb en H ada kursus pulak) baru gerak ke KL..Allah mudahkan dengan tetiba gso call inform pertukaran masa viva dari 9.30pg ke 2.30 ptg beberapa hari sebelumnya. Sempat la kejar. Musim hujan, perjalanan kami malam tu diiringi hujan lebat seawal perjalanan sampai la transit rumah mak. Masa ni dah x larat nak tension. Perasaan macam pasrah..haha. Rasa macam x perasaan. Boleh sembang2 gembira dengan family, makan kenyang2..tidor dengan lena. Pelik sebenarnya sebab saya ni jenis darah gemuruh..

Pagi hari kejadian, lepas subuh bc yassin dan mathurat, dah pasrah sepasrahnya, hanya mengharap pertolonganNya. Lepas breakfast, dalam pukul 8.30 pg gerak ke KL. Gps pulak buat pasal. Pas restart byk kali baru ok..apakah..please la..kami walk in ke 101 hotel bangi, check in dulu. Simpan barang, tukar baju. PA prof call, tanya nak jumpa prof dulu bagi copy tesis @ jumpa masa kat bilik viva je. Memula decide jumpa kat bilik viva je memandangkan sekarang dah pon pukul 11.30 tgahri..Tapi last2 tukar fikiran, jumpa prof dulu mana tau ada tips @ amanat terakhir ke yang boleh dijadikan azimat pembakar semangat kan...Jumpa prof setengah jam.. tapi dari nk semangat terus down..saya g tanya prof, siapa internal saya, prof leh jawab nasib u x baik..prof XXX.  erk..maintain cool, sembang sikit2 (act ms ni pasrah dan redha) dah.. prof siap cakap jangan x mai lak viva. Saya datang dari jauh ni, wajib mai. (dalam hati dah nyanyi lagu que sera sera).

Masuk kereta trus nangis lagi.. Sian en H nak kena tenangkan saya. Dr ofis prof gerak ke bilik viva. Nasib baik diorg bagi masuk awal. Boleh la try run slide dan present skali lg depan en H. Lepas present masa ni dah pukul 2 ptg, en H tinggalkan saya dan dia tunggu di luar. Tengah tenangkan diri sorg2, chairman masuk. Siapa ye..Den x kenal..haha...Rupanya lecturer fakulti jugak cuma lain department. Baik dr ni, sembang2 dengan dia hilang rasa gabra. Lepas tu co supervisor masuk. Mana internal n external ni...Dah 2.30 ptg. Den x sabar nak balik. 2.40 kot br internal mai...Chairman pon memulakan sesi..saya dan co-supervisor diminta keluar sekejap untuk diorang berbincang (masa ni br prof mai, external x dtg la kot dah mula sesi). Masuk kembali, saya diminta present, waktu diberi 20 minit. Internal kata 10 minit cukup tak perlu lama2. oh my.. Present sepantas boleh (sbb praktis 20 minit kan). Lepas present baru saya duduk (boleh ja nak duduk sambil present pon). Start sesi Q and A sambil diorg go through helai demi helai tesis saya. Serangan bermula!!

Hari Kejadian


Tapi sebenarnya kan syukur sangat, rasa macam ada pertolongan Allah sepanjang viva ni. Internal x bertanya banyak, cuma bagi cadangan dan komen. Pengerusi pon baik hati. Rasa viva ni macam santai. Komen paling ketara dari ketiga2 panel (chairman mewakili external) adalah typing error yg banyak. Memang banyak pon, masa baca balik tesis da cuak sebab baru sedar kesalahan2 tu. Pernah baca dr blog mana (x ingat), dia siap dapat soalan 'kenapa diorang patut trust data kita memandangkan terdapat kecuaian ejaan dll'.. pergh...Lepas selesai ke page terakhir, kami diminta keluar sekali lagi. Keluar2 tengok en H da ada kat luar..Sembang2 sementara tunggu result. Prof kata hari ni gso macam tenang ja, macam xde orang. Btol la, den pon rasa sama gak..selalu mai gso penuh orang berurusan..Lepas 5 minit (dalam pukul 4.10 ptg), di panggil masuk dan chairman pon mengumumkan keputusan.

"Tahniah, kami sebulat suara bersetuju untuk menerima tesis pn dengan major correction" (x ingat dah susunan ayat nye..macam panjang lagi, tapi lebih kurang la kan). Pastu depa sume pandang, eh kena bagi ucapan ke..haha..saya pon cakap Alhamdulillah, terima kasih semua, saya rasa bersyukur sangat2..terima kasih..rasa cam menang Award..haha..tapi niat nak jerit lepas diumumkan lulus kena tahan dulu la kan..Chairman bagitau pembetulan kena siapkan dalam masa 2 bulan. Tapi rasanya 2 minggu je dah cukup untuk siapkan katanya. Disokong pulak oleh internal sbb dia xde kat Malaysia hujung mei nanti utk jangka masa yang agak lama.. Oh my..dalam hati dok pikir bila nak buat..sempat ke..den pon nak bercuti jugak..da plan..da booking hotel semua..sob sob..lantakla, jalan tetap berjalan, yang ni nanti den cari jalan supaya siap dalam masa yang ditetapkan.

Yeay...yeay..lepas semua selesai, jumpa peg yang uruskan viva ni, dia kata report viva akan keluar lepas seminggu. Lepas tu buat pembetulan ikut report tu. En H kata den senyum sampai telinga..harus la..bahagia..Still rasa x percaya da selesai viva, dok tanya en H den mimpi ke betul..haha.. Petang tu kami ke Low Yat, tukar memory card hp adik. pastu usha hp nak hadiahkan kat mak..Lepas 3 jam usha, duduk bangun, naik turun escalator, kami beli Oppo neo 5.. Masa nak balik gps buat hal lagi, sampai sudah restart berkali2 pon x boleh on. dah la gps satu lg x bawa. Tawakal je la redah balik. Sesat merata, siap lalu depan dataran merdeka, maka tercapai la hasrat ku untuk melaungkan merdeka merdeka sempena lulus viva..(haha..poyo)...lepas berhenti kereta berkali2, restart gps berkali2 baru faham yg software dia seolah2 x leh baca.. So bawa kuar masuk bebapa kali boleh on, kami gerak ke satay kajang. Fuh, tercapai gak hasrat en H nk makan satay, sekarang dah pon jam 11.30 malam (lama gila sesat). Nasib baik diorang tutup kul 12.30. Tapi dapat makan satay je la, nasi2 dapur da tutup katanya. Solat siap2, sbb hotel kami stay luas sekangkang kera ja. Tapi surau satay kajang ni bau macam toilet. adoila.

Balik bilik, belek hp, tdoq...

Monday, 13 April 2015

Sambal Tokok

Salam dan Hi Semua...

Sambal tokok. Saya x pasti ramai yg pernah dengar ke tak. pertama kali saya kenal masakan ini melalui sahabat saya ketika masa uni dulu. Kira macam jatuh cinta pandang pertama pada masakan ni. Sekali rasa memang nak lagi. Menurut sahabat saya menu ini berasal dari negeri sembilan. Memang kena la. Negeri sembilan punya masakan memang banyak guna cili padi. Saya yang memang sukakan pedas sangat menggemari masakan ini. Selain sedap di makan dengan nasi panas, saya suka makan dengan roti gardenia. Saya kalau jumpa sambal ni, 1 bungkus roti bonanza tu boleh habis 1 hari sorang. Kalau makan roti dgn benda lain, sampai luput la roti tu makan separuh x sampai. Terima kasih Anis bagi saya rasa. anis ni tiap kali buat mesti dia tapau untuk kami roomate dia. Saya balik buat sendiri dan sekarang family saya pon suka. Awas jangan makan selalu ye..pedas yg amat. Hehe

SAMBAL TOKOK

Sambal Tokok


Bahan2:
100g ikan bilis - dibelah 2
2 ulas bawang besar*
30 biji cili padi*
1 @ 2 biji limau nipis @ kasturi - diperah airnya
garam secukup rasa - selalu sy x tambah dah


  • Goreng ikan bilis sehingga garing, tos minyak.
  • Tumbuk separa hancur ikan bilis tadi.
  • Kisar bahan bertanda *
  • Dengan menggunakan minyak goreng bilis tadi (boleh adjust kalau nak kurang minyak), tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi, tambahkan air limau, masak hingga sedikit kering.
  • Sedia di makan.
XOXO

Saturday, 11 April 2015

Rendang Ayam Bonda

Salam dan Hi Semua

RENDANG AYAM BONDA

Rendang Ayam


Bahan2:
12 ketul ayam - dibersihkan
20 tangkai cili padi* - direndam dalam air panas
1 sudu teh jintan manis* -direndam dalam air panas
2 biji buah keras* - direndam dalam air panas
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dihiris
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
2 batang serai - diketuk
1 ulas bawang holland - dihiris
air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
daun sup daun bawang - dihiris
  1. Kisar bahan bertanda *
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar, serai, tambah garam, masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, masak seketika, tambahkan air asam dan gula.
  5. Selepas ayam masak dan kuah hampir kering, masukkan bawang besar dan daun sup daun bawang.
  6. Sedia dihidang.
XOXO



Friday, 3 April 2015

Cucur Gelang @ keria Bonda

Salam dan Hi Semua...

CUCUR GELANG

Cucur Gelang


Bahan2: (dpt dlm 20 biji kuih)

3 biji (~475g) ubi keledek putih - dibuang kulit dan dipotong kecil
1 cawan tepung gandum
1 senduk gula pasir
1/2 cawan air
garam secukup rasa


  • Rebus ubi dalam air anggaran ubi tenggelam hingga empuk (15-20 minit), dah nak empuk masukkan garam, toskan.
  • Lenyek ubi ms tgh panas2.
  • Selepas ubi sejuk, masukkan tepung, gaul rata smpai jd macam doh
  • Bahagikan kepada beberapa bulatan kecil (dlm 30g) setiap satu, gentel memanjang dan sambung di kedua hujung.
  • Panaskan minyak, goreng deep fry hingga kuih timbul dan kuning keemasan sambil dikalih2 kan supaya gorengan sekata.
  • Biarkan kuih sejuk.
  • Cairkan gula dan air dalam kuali hingga pekat berbuih.
  • Masukkan kuih, gaul rata ngn gula, tutup api.
XOXO



Thursday, 2 April 2015

Sambal Nyok Bonda

Salam dan Hi Semua...

SAMBAL NYOK 



Bahan2:
110g kelapa parut
2 biji cili merah
4 biji cili padi hijau
1 ulas bawang merah
1/2 inci belacan - dibakar
Air asam jawa secukupnya - guna air masak
garam dan gula/ aji secukup rasa

  • Blend halus semua bahan selain kelapa parut
  • Kelapa parut ditumbuk dgn lesung sambal
  • Gaul sebati
XOXO

Wednesday, 1 April 2015

Promosi Tupperware April 2015

 Salam dan Hi Semua...

Di sini disertakan katalog tupperware bagi bulan April 2015..boleh belek2 dulu, ada yg berkenan sila roger saya..TQ..:)

1

2

3

4
5

6

7

8
9

10

11

12
13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24
25

26

27

28
29

30

31

32
33

34

35

36
37

38

39

40
41

42

43

44
45

46

47

48
49

50

51
52 dan 53

54 dan 55

56



#sayajualtupperware#

XOXO