Salam dan Hi Semua...
Malam tadi terlebih rajin pulak buat macaron. Ini kali ke 4 sebenarnya buat. Yang sebelum ni tak sempat nak ambil gambar dah habis..:) Masih menggunakan resepi yang sama, rujukan dari blog Kak Ita Masam Manis.
Pernah sekali ke kelas macaron, kelas tu pun menggunakan resipi yang sama. Tapi dalam banyak2 cubaan buat macaron ni, kali ni tak pasti lak kenapa rasa sangat sedap..mungkin sebab saiz mini dan letak nutella kot, jadi rasa manis tu tak berapa ketara...:)
Jom semak resipi!
MACARON
Bahan A
80g serbuk almond
140g gula aising
Bahan B
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji gred A ~ saya kena letak 2 biji lebih walau guna gred A
65g gula castor
Bahan Lain
Nutella secukupnya - untuk inti
Pewarna - gunakan serbuk atau gel
Langkah-langkah:
Sediakan dulang pembakar dulu, alas dengan baking paper.Lukis bulatan sebesar siling 20 sen atas baking paper, jarakkan setiap bulatan antara 2.5cm - 3cm. Terbalikkan paper dan letak atas tray. Untuk lebih mudah, boleh print siap-siap A4 paper dengan lukisan bulatan sebesar 20sen dan alas bawah baking paper.
Satukan serbuk badam dan gula aising, ayak dan ketepikan.
Satukan serbuk badam dan gula aising, ayak dan ketepikan.
Dalam bekas lain (pastikan kering dan tidak berminyak), pukul putih telur hingga kembang dengan kelajuan maksimum, kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil diputar terus hingga adunan kental dan bertanduk (anggaran 10 minit). Masa ni adunan ringan dan gebu, dan sedikit berkilat. Bila terbalikkan bekas adunan tak jatuh (pastikan adunan betul2 kental, tapi jangan pula terlebih pukul).
Masukkan 1/4 dari campuran serbuk badam dan gula aising ke dalam telur putih, kaup balik hingga rata dengan menggunakan spatula saja. Dah rata, ulang proses ini hingga habis adunan gula dan serbuk bada. Tambahkan pewarna yang disukai dan gaul sempurna.
(Perhatian: Masa proses ini jangan terlebih atau terkurang kacau. Adunan sebati apabila diangkat dengan spatula ia mengalir turun macam larva).
Masukkan adunan dalam piping bag (guna nozel boleh, tak guna pon boleh), paipkan atas bulatan yang telah kita lukis tadi.
Gunakan tooth pick untuk pecahkan gelembung (sekiranya ada) supaya permukaan macaron tak jadi berlubang bila dibakar.
Lepas siap semua, hentak dulang. Rehatkan macaron selama 30-45 minit (kalau hujan letak bawah kipas).
Pastikan permukaan macaron benar-benar kering, bila sentuh ia tak melekat di jari.
Panaskan oven 15 minit awal pada 140-150 degree (terlalu panas boleh menyebabkan macaron retak, adjust ikut oven masing-masing), saya guna suhu 150 degree, bakar selama 15 - 20 minit.
Biarkan sejuk, boleh letak filling yang digemari. Saya letak nutella. Sedap!
**5 minit pertama pembakaran, bila nampak je macaron keluar kaki rasa nak lompat..lol..ini part kritikal**
**5 minit pertama pembakaran, bila nampak je macaron keluar kaki rasa nak lompat..lol..ini part kritikal**
No comments:
Post a Comment