Monday, 1 June 2015

Promosi Tupperware Jun 2015

Salam dan Hi Semua..

Tak lama lagi dah nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak lepas tu Raya...Seronoknya nak puasa.. Sekejap je masa berlalu. Jadi bulan Jun ni Tupperware adakan promosi Hari Raya.

1

2
3

4

5
6

7
8

9
10

11
12

13
14

15
16 dan 17
18

19
20

21
22

23
24

25
26

27
28

29
30 dan 31
32

33
34 dan 35
36

37
38

39
40 dan 41
42

43
44

45
46

47
48

49
50 dan 51
52 dan 53
54 dan 55
56
Kalau ada yang berminat boleh roger saya..

#sayajualtupperware#

Cream Puff

Salam dan Hi Semua...

Pertama kali makan cream puff ni masa cousin kahwin. Sedap. Lepas tu ada juga beberapa kali beli tapi tak menepati citarasa.  Baru2 ni cuba buat sendiri atas permintaan rakan sekerja en H. Alhamdulillah diorang repeat order. Kira jadi la kan..ahaks..Buat cream puff ni agak teknikal la. Kena banyak sabar. Boleh usha tips di SINI.

CREAM PUFF
resipi dicuba dari blog Masam Manis


Cream Puff


Bahan-bahan:
100ml air
45g butter
60g tepung gandum - diayak
2 biji (100g) telur - dikacau sehingga bercampur telur kuning dan putih

  • Panaskan oven pada suhu 200°C.
  • Alas dulang oven dengan aluminium foil kemudian oles dengan butter. Sekiranya menggunakan loyang pembakar, tak perlu alas dengan aluminium foil, terus oles loyang dengan butter. Boleh juga gunakan loyang muffin.
  • Masukkan air dan butter di dalam periuk, masak atas api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Tutup api.
  • Masukkan tepung gandum dan segera dikacau sehingga sebati. Buka api sederhana kacau sehingga adunan seperti membentuk lapisan. Tutup api.
  • Masukkan telur, kacau segera hingga sebati sehingga tekstur adunan kelihatan licin.
  • Masukkan dalam piping beg dengan menggunakan nozel 1cm atau potong bucu plastik anggaran 1cm, paipkan atas loyang.
  • Tekan bahagian tanduk yang terhasil agar puff kelihatan cantik.
  • Spray permukaan cream puff dengan air.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 15 minit, kemudian 180°C selama 25 minit atau sehingga permukaan keperangan.
  • Sejukkan sebelum diletakkan krim kastad.
Bahan-bahan krim kastad:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur saiz L
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning telur
1 sudu besar butter

  • Satukan tepung gandum, tepung jagung dan gula dalam periuk. 
  • Masukkan 2 sudu susu ke dalam periuk dan kacau adunan sehingga tidak berketul
  • Tuangkan baki susu dan juga telur bersama esen vanila dan pewarna.
  • Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan licin. Tutup api.
  • Masukkan butter, kacau sebati
  • Masukkan dalam piping beg, paipkan ke dalam cream puff tadi, ikut suka nak banyak mana.
Bahan Hiasan:
Gula icing @ snow powder
  • Ayak sedikit gula icing pada permukaan cream puff sebelum dihidangkan.