Seronoknya family datang rumah. Tiap hari mak buat macam-macam kuih. Hari ni buat lepat liat pula. Permintaan ayah..hehe
LEPAT LIAT BONDA
Lepat Liat Bonda |
Bahan badan:
4 cawan tepung pulut
2 1/2 cawan santan (2x perah)
1 1/2 cawan gula merah
3/4 cawan gula pasir
Sedikit garam
- Panaskan gula garam dan santan sehingga gula larut sambil dikacau (jgn sampai mendidih)
- Selepas adunan suam, tuang ke dalam tepung sikit demi sedikit sambil dikacau sampai jadi doh
Bahan inti:
1 biji kelapa parut (parutan bahagian atas yg putih)
Sedikit garam
- Gaul rata
Bahan lain:
Daun pisang (17 x 17cm) secukupnya
Minyak masak
- Sapu minyak atas daun pisang (pada bahagian x kilat)
- Letak inti secukupnya
- Satukan doh
- Gulung dan lipat dikedua hujung daun pisang
- Kukus selama 10 minit atas api sederhana
No comments:
Post a Comment