Salam dan Hi Semua...
Pertama kali makan cream puff ni masa cousin kahwin. Sedap. Lepas tu ada juga beberapa kali beli tapi tak menepati citarasa. Baru2 ni cuba buat sendiri atas permintaan rakan sekerja en H. Alhamdulillah diorang repeat order. Kira jadi la kan..ahaks..Buat cream puff ni agak teknikal la. Kena banyak sabar. Boleh usha tips di SINI.
Pertama kali makan cream puff ni masa cousin kahwin. Sedap. Lepas tu ada juga beberapa kali beli tapi tak menepati citarasa. Baru2 ni cuba buat sendiri atas permintaan rakan sekerja en H. Alhamdulillah diorang repeat order. Kira jadi la kan..ahaks..Buat cream puff ni agak teknikal la. Kena banyak sabar. Boleh usha tips di SINI.
Bahan-bahan:
100ml air
100ml air
45g butter
60g tepung gandum - diayak
2 biji (100g) telur - dikacau sehingga bercampur telur kuning dan putih
- Panaskan oven pada suhu 200°C.
- Alas dulang oven dengan aluminium foil kemudian oles dengan butter. Sekiranya menggunakan loyang pembakar, tak perlu alas dengan aluminium foil, terus oles loyang dengan butter. Boleh juga gunakan loyang muffin.
- Masukkan air dan butter di dalam periuk, masak atas api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Tutup api.
- Masukkan tepung gandum dan segera dikacau sehingga sebati. Buka api sederhana kacau sehingga adunan seperti membentuk lapisan. Tutup api.
- Masukkan telur, kacau segera hingga sebati sehingga tekstur adunan kelihatan licin.
- Masukkan dalam piping beg dengan menggunakan nozel 1cm atau potong bucu plastik anggaran 1cm, paipkan atas loyang.
- Tekan bahagian tanduk yang terhasil agar puff kelihatan cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air.
- Bakar di dalam oven pada suhu 200°C selama 15 minit, kemudian 180°C selama 25 minit atau sehingga permukaan keperangan.
- Sejukkan sebelum diletakkan krim kastad.
Bahan-bahan krim kastad:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur saiz L
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning telur
1 sudu besar butter
- Satukan tepung gandum, tepung jagung dan gula dalam periuk.
- Masukkan 2 sudu susu ke dalam periuk dan kacau adunan sehingga tidak berketul
- Tuangkan baki susu dan juga telur bersama esen vanila dan pewarna.
- Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan licin. Tutup api.
- Masukkan butter, kacau sebati
- Masukkan dalam piping beg, paipkan ke dalam cream puff tadi, ikut suka nak banyak mana.
Gula icing @ snow powder
- Ayak sedikit gula icing pada permukaan cream puff sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment