Sunday 28 June 2015

11 Ramadhan 1436H - Menu Ala Mamak

Salam dan Hi Semua..

11 Ramadhan. Dah hampir separuh perjalanan Ramadhan tahun ni, cepat sungguh masa berlalu. Sayu pulak hati..

Hari ni saya masak menu ala mamak untuk berbuka puasa. Dalca daging digandingkan bersama kobis goreng telur, telur masin dan juga papedom. Untuk kuih, saya buatkan roti jala untuk dimakan bersama dalca. Kesukaan saya ni. 

DALCA DAGING BONDA

Dalca Daging Bonda


Bahan2:
600g daging batang pinang - dihiris nipis
3 sudu besar serbuk kari ikan babas
3 ulas bawang merah - dihiris*
2 ulas bawang putih - dihiris*
2 inci halia - dihiris mancis*
2 tangkai daun kari*
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang*
200g kacang dal - direbus hingga kembang
1/2 @ 1 biji kelapa parut - diperah santan
3 biji ubi kentang - dibelah 4
6 tangkai cili hijau - dibuang tangkai
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang lobak merah - dihiris mancis
garam secukupnya
  • Bancuh rempah dengan garam dalam 1 mangkuk sederhana berisi air
  • Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  • Masukkan bancuhan rempah dan daging, masak sehingga daging empuk dan rempah pecah minyak.
  • Masukkan kacang dal yang telah direbus bersama sedikit air, kacau dan biar seketika supaya kacang dal mesra dengan rempah.
  • Masukkan kentang dan sedikit air, masak hingga kentang empuk. Tambahkan lobak merah.
  • Masukkan santan dan cili hijau, perlahankan api.
  • Selepas mendidih, masukkan tomato.

ROTI JALA BONDA

Roti Jala


Bahan2: (untuk 3-4 orang)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
  • Bancuh tepung dan telur dengan air, tuang sedikit sehingga kepekatan yang sesuai.
  • Tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Tuang adunan dalam blender dan blend - untuk elak tepung berketul
  • Panaskan kuali, sapu minyak, tuang adunan dalam acuan roti jala dan tebar atas kuali
  • Selepas masak, gulung roti.

KOBIS GORENG TELUR 

Kobis Goreng Telur


Bahan2:
1/3 biji kobis bulat - dihiris nipis
1 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji telur
serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau
  • Masukkan kobis dan sedikit air, tambahkan serbuk kunyit dan garam.
  • Selepas agak layu, pecahkan telur.

No comments:

Post a Comment